Teleport berpotensi sumbang pendapatan kepada AirAsia - Utusan Malaysia

Teleport berpotensi sumbang pendapatan kepada AirAsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd. (AirAsia) menyasarkan cabang perniagaan kargo dan logistik yang dahulunya dikenali sebagai RedCargo, kini dijenamakan sebagai Teleport, bakal menyumbang sebanyak lapan hingga 10 peratus kepada perolehan kumpulan dalam tempoh setahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, buat masa sekarang, sumbangan anak syarikat kumpulan tersebut adalah sebanyak empat pe­ratus.

Menurut beliau, melalui penjenamaan tersebut syarikat berkeyakinan bahawa ia bakal mengukuhkan imej dan kedudukan syarikat di pe­ringkat domestik dan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami yakin dengan kerja­sama serta penumpuan terhadap perniagaan baharu dalam digital, sasaran itu mampu dicapai.

“Ketika ini, dari segi kapasiti penggunaan ruangan kargo pesawat AirAsia, Teleport hanya menggunakan sekitar 15 peratus manakala kapasiti kargo untuk penumpang pula sekitar 40 hingga 60 peratus.

“Masih ada banyak lagi ruang kapasiti untuk kargo dan kami yakin cabang perniagaan kargo ini mampu berkembang serta menyasarkan pertambahan lima peratus kepada 20 peratus kapasiti penggunaan kargo dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman pelaburan Teleport dan Gobi Partner dalam perkhidmatan penghantaran EasyParcel di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Malaysia (Pelaburan) Gobi Partner, Jamaludin Bujang; Ketua Pegawai Eksekutif Te­leport, Pete Chareonwongsak dan Ketua Pegawai Eksekutif EasyParcel, Clarence Leong.

Dalam pada itu, Tony menjelaskan, AirAsia membina Teleport untuk membolehkannya mengukuhkan cabang perniagaan tersebut dan dalam masa sama, membuka infrastruktur logistik­nya kepada peniaga sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini