Umum mengetahui, angin merupakan elemen penting yang mengisi ruang dalam sebiji tayar. Angin yang mencukupi dalam tayar dapat menggerakkan kenderaan dari satu tempat ke destinasi lain dengan selamat. Tayar yang kempis tanpa angin akan mengundang kerosakan pada bahagian penjajaran roda malah boleh membahayakan nyawa pemandu dan penumpang. Bagaimanapun, baru-baru ini General Motors dan pengeluar tayar Michelin telah mencapai persetujuan untuk membangunkan prototaip tayar jenis baharu. Rekaan radikalnya dilihat berpotensi menggantikan…










