Tarif air : Perlu dibincang, mendapat persetujuan - Utusan Malaysia

Tarif air : Perlu dibincang, mendapat persetujuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Sebarang kenaikan tarif air perlu mendapat reaksi umum melalui sesi perjumpaan dan taklimat terlebih dahulu memandangkan perkara tersebut merupakan isu sensitif kepada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, sesi perjumpaan itu perlu dianjurkan bersama-sama dengan pemegang taruh.

“Struktur tarif bergantung atas beberapa faktor seperti amaun subsidi kerajaan, perkhidmatan yang diberi, liputan perkhidmatan, kepadatan penduduk, bentuk muka bumi, kualiti air mentah dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua ini menjadi intipati penting bagi kerajaan negeri mewajarkan sebarang kenaikan tarif air,” katanya ketika menjawab soalan Hahasrin Hashim (BN-Panti) berkenaan peranan kerajaan negeri dalam penentuan tarif air.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini