KOTOR dan banyak bakteria? Tanya diri anda adakah tangan anda bersih atau tidak? Ini kerana jika kita tidak mengamalkan kebersihan, mungkin tangan anda akan menjadi pusat penyebaran bakteria dan mengakibatkan keracunan makanan. Jom, basuh tangan dengan cara yang bertul untuk menghapuskan bakteria.
Membasuh tangan
-Masa yang kita perlukan tidak sampai seminit pun. Namun ramai yang masih ambil mudah dan tidak mengendahkan perkara ini sebagai satu amalan yang sangat penting sebelum kita mula memasak.
-Basuh tangan dengan sabun dengan rapi dan kalau boleh bilas dengan air suam supaya segala kuman dapat dihapuskan.
-Gunakan langkah mudah ini iaitu mulakan dengan alirkan air ke tangan kemudian basuh dengan sabun dan gosok tangan sehingga ke siku sebaik-baiknya termasuk di celah celah jari, kuku dan di belakang tangan.
-Akhir sekali bilas dengan air paip atau air suam dan keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih.











