BEKASI 5 Julai – Seorang lelaki di sini yang dikenali hanya sebagai HS didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga merupakan anak angkatnya sehingga hamil dan bayi yang dilahirkannya meninggal dunia.
Malah, lebih menyedihkan, suspek turut menanam bayi hasil perbuatan terkutuknya itu di dalam sebuah pasu bunga.
Jurucakap Polis Metro Bekasi, Imron Ermawan berkata, mangsa melahirkan seorang bayi pada 30 Jun lalu dan bayi tersebut dilaporkan tidak cukup bulan dan sudah meninggal dunia. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











