Syarikat perkhidmatan e-hailing berat sebelah - Utusan Malaysia

Syarikat perkhidmatan e-hailing berat sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Lebih 1,000 pemandu Grab meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran, syarat-syarat kod etika dan pembayaran ganjaran yang dilaksanakan oleh syarikat perkhidmatan e-hailing itu yang didakwa berat sebelah dan tidak adil.

Isu tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu-pemandu Grab di sekitar ibu kota kerana ia dilihat tidak menguntungkan pemandu.

Lebih menyedihkan apabila kira-kira 800 pemandu Grab dikatakan telah digantung akaun mereka atas kesalahan yang tidak diperjelaskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pemandu, Azman Shah Othman, 38 memberitahu, dia merupakan salah seorang pemandu Grab yang dikenakan tindakan penggantungan kerana dipersalah menggunakan aplikasi tidak dibenarkan.

“Perkara tersebut tidak ber­asas. Mereka sepatutnya menyiasat dan berbincang dengan saya terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sedemikian.

“Kalau dahulu saya mampu memperoleh lebih RM6,000 setiap bulan kini saya hilang punca pendapatan sepenuh masa. Rayuan telah dibuat kepada syarikat tersebut namun masih tidak mendapat maklum balas walaupun sudah lebih 30 hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Henry Teoh Kien Hong berkata, pihaknya menerima lebih 1,000 aduan daripada pemandu Grab berhubung perkara itu sejak bulan lalu.

“Kami akan menghantar surat permohonan kepada Grab untuk mengadakan sesi perbincangan antara kedua-dua belah pihak dan memberi peluang kepada pemandu memperjelaskan tuntutan mereka.

“Diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera agar tidak membebankan pemandu Grab apatah lagi pada masa kini kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Antara perkara yang dituntut kumpulan pemandu terbabit adalah penyusunan semula tarif pengiraan ganjaran pemandu, pengaktifan semula akaun yang digantung dan pelupusan sistem GrabShare.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini