LONDON – Rafael Benitez membuat satu surat terbuka kepada penyokong Newcastle selepas meninggalkan kelab itu.
Kelab itu mengumumkan bahawa Benitez akan meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat, minggu lalu selepas gagal melanjutkan kontrak pengendali Sepanyol itu.
Menerusi surat itu, Benitez menjelaskan bahawa Mike Ashley dan lembaga pengarah tidak menyokong visinya bersama kelab itu.
“Saya mahu kekal tetapi saya tidak mahu sekadar menandatangani kontrak semata-mata, saya mahu menjadi sebahagian daripada projek kelab.
“Malang sekali, perkara semakin jelas kepada saya bhawa pihak pengurusan tertinggi kelab tidak berkongsi visi yang sama dengan saya,” katanya.
Bekas pengendali Liverpool itu tidak malu untuk menyatakan hasratnya untuk menaikkan Newcastle ke kedudukan enam teratas.
Bagaimanapun, visi yang ingin di bawa itu tidak mendapat sokongan Ashley serta lembaga pengarah Newcastle kerana gagal menyediakan sumber yang diperlukan.-AGENSI










