LOS ANGELES 6 Julai – Suhu di bandar terbear Alaska iaitu Anchorage dilaporkan meningkat sehingga 32 darjah Celsius ketika fenomena gelombang haba melanda negeri itu.
Keadaan itu juga menyebabkan acara bunga api sempena hari kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibatalkan sususlan ‘keadaan cuaca yang sangat kering’.
Selain Alaska, Miami juga dilaporkan mengalami keadaan sama.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS (NWS) menerusi Twitter memaklumkan bahawa sehingga pukul 5 petang waktu tempatan semalam, Lapangan Terbang Antarabangsa Anchorage mencatat suhu setinggi 32 Celsius iaitu buat pertama kali dalam rekod.
Rekod sebelum ini adalah setinggi 29.4 Celsius pada Jun 1969. – AFP











