JOHOR BAHRU 6 Julai – Produk inovasi baharu Jabatan Perikanan yang diperkenalkan pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) iaitu stik tuna boleh memberikan pulangan besar kepada usahawan tuna tempatan di seluruh negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, menu itu merupakan satu produk galakan promosi yang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di negara ini. “Stik tuna ini dihasilkan…










