SOP, garis panduan bela haiwan eksotik - Utusan Malaysia

SOP, garis panduan bela haiwan eksotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Terdapat prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang tertentu bagi golongan yang ingin membela haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan di negara ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, ini kerana bukan semua haiwan eksotik boleh dijadikan haiwan peliharaan dan ada sesetengahnya dilindungi.

Beliau malah memberitahu, kesesuaian tempat peliharaan juga turut diambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pihak dipelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau ikut undang-undang sedia ada, sesiapa yang hendak bela haiwan peliharaan, mereka kena dapat kelulusan dari menteri.

“Kita ada SOP yang kita sediakan juga. Jangan keliru dengan anak anjing dan sebagainya. Kena lihat di mana mereka simpan haiwan peliharaan ini. Jika di pangsapuri, ia susah berbanding Kawasan bertanah,” katanya sewaktu sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanyakan mengenai SOP untuk membela haiwan eksotik yang kini menjadi kegilaan anak-anak muda di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini