SMK Sungai Besar ungguli Pertandingan Tarian Tradisional - Utusan Malaysia

SMK Sungai Besar ungguli Pertandingan Tarian Tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA. Dua pasukan tarian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar mengungguli Pertandingan Tarian Tradisional peringkat daerah Sabak Bernam apabila memenangi tempat pertama dan ketiga pada pertandingan tersebut baru-baru ini.

Naib johan pertandingan pula disandang pasukan tarian dari SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam.

Penyelaras pertandingan, Mohammad Faizal Nawani berkata, pertandingan itu bertujuan untuk memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar dalam tarian tradisional sekaligus bagi mengekalkan dan mengembangkan kesenian tarian tradisional dalam kalangan generasi muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang pertandingan menerima sijil dan hadiah wang tunai bernilai RM500 bagi johan, naib johan (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini