SEREMBAN 19 Julai – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Seri Sendayan di sini menempa kenangan manis tersendiri hari ini apabila muncul sebagai johan keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pandu Puteri Sekolah Menengah peringkat daerah Seremban 2. Dalam program yang diadakan di Kem Pengakap Seremban Barat di Labu dekat sini itu, sekolah berkenaan menewaskan 15 buah sekolah lain yang menyertai pertandingan tersebut. Pengetua SMK Felda Seri Sendayan, Samsuddin Jiman berkata, sebanyak 16 buah sekolah menengah di daerah Seremban 2 mengambil bahagian dalam pertandingan itu melibatkan sejumlah 122 pelajar dan 31 orang guru pengiring.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya