RAWANG – SMK Bandar Sungai Buaya menganjurkan Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) peringkat Daerah Hulu Selangor di sekolah berkenaan di sini baru-baru ini. Penganjuran buat julung-julung kalinya anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan sekolah tersebut menyaksikan pelbagai inisiatif berteraskan teknologi hijau dipertandingkan dan dipamerkan bagi meningkat kesedaran murid terhadap Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG 2030). Antara inisiatifnya termasuklah mencungkil bakat murid dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi Sains,…










