KUALA LUMPUR 18 Julai – Tiada campur tangan mana-mana pihak dalam siasatan berhubung video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya bebas untuk menjalankan siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Saya telah jelaskan banyak kali, tiada desakan dan tekanan daripada sesiapa ke atas saya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami tegas jalankan siasatan mengikut SOP yang ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Abdul Hamid hadir ke Markas Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan hari ini untuk melakukan lawatan rasmi pertamanya.
Ketibaan beliau disambut Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Zainal Abidin.-UTUSAN ONLINE











