Si kerdil tumbangkan Harimau - Utusan Malaysia

Si kerdil tumbangkan Harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menang atau kalah mungkin sudah tiada makna buat Johor Darul Ta’zim (JDT), namun kekalahan 0-1 kepada pasukan kerdil, Petaling Jaya (PJ) City sedikit sebanyak pasti ‘menyakitkan hati’ Harimau Selatan yang memburu rekod bersih dalam Liga Super musim ini.

Jaringan penyerang Brazil, Washington Brandao Dos Santos pada minit ke-64 memberi kemenangan sensasi buat anak-anak buah K. Devan, sekali gus merosakkan hasrat JDT untuk mengulangi pencapaian 2016 iaitu tidak tumbang dalam sebarang perlawanan liga.

Sudahpun dinobat sebagai juara Liga Super buat musim keenam berturut-turut pada Jun lalu, JDT hanya perlu melepasi dua halangan terakhir untuk mengekalkan rekod bersih mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, aksi berdisiplin di bahagian pertahanan yang ditunjukkan pendatang baharu Liga Super, PJ City nyata menyukarkan Harimau Selatan, malah kesempatan terbaik yang diperoleh pada minit ke-64 dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan pelawat.

Bagi JDT, ini adalah kekalahan pertama mereka dalam 75 perlawanan di Larkin, malah Harimau Selatan menerima kunjungan PJ City bersama rekod gah memenangi 28 perlawanan liga berturut-turut di depan penyokong sendiri.

Harimau Selatan yang mengungguli Liga Super dengan 52 mata, 15 mata mengatasi Pahang akan menentang Terengganu dalam perlawanan terakhir, Jumaat ini dan menjulang trofi, sebelum berpindah ke ‘rumah’ baharu, Stadium Sultan Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini