Setiap ahli Bersatu boleh mengundi dalam pemilihan parti - Utusan Malaysia

Setiap ahli Bersatu boleh mengundi dalam pemilihan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan mesyuarat khas untuk meminda perlembagaan parti itu untuk membenarkan setiap ahli mengundi dalam pemilihan parti pada 20 Julai ini.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia telah dibincang dengan panjang lebar dan Majlis Tertinggi telah bersetuju dengan pindaan perlembagaan itu.

“Pindaan dilakukan supaya ahli biasa dapat memainkan peranan dalam menentukan pemilihan jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa bahagian parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada bahagian, perwakilan akan menentukan pemilihan kepimpinan tertinggi parti,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana  di sini hari ini.

Menurut Mahathir, menerusi pindaan itu, setiap ahli yang berdaftar juga mempunyai hak untuk bertanding setiap jawatan dalam Bersatu.

Jelasnya, ahli yang mahu berminat perlu secara sukarela untuk bertanding dalam pemilihan parti dan merupakan ahli yang berdaftar dalam Bersatu.

“Mereka perlu berdaftar sebagai ahli sebelum mendaftar bagi bertanding untuk jawatan Presiden, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sebagainya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini