Sesi pendengaran Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat - Utusan Malaysia

Sesi pendengaran Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mempelawa orang ramai menghadiri Publisiti Awam Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 1) 2030 yang akan diadakan di Ruang Legar MDKL sepanjang bulan ini.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid berkata, orang ramai khususnya penduduk atau individu yang mempunyai kepentingan di daerah ini dijemput hadir untuk meneliti setiap perancangan yang dibentang.

Beliau berkata, sesi pendengaran awam itu akan diadakan

Memuatkan artikel berkaitan…

bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari.

“Usaha ini adalah untuk memastikan semua pihak mengetahui setiap perancangan dan pembangunan yang akan dijalankan di daerah ini.

“Perancangan ini juga amat penting bagi memastikan penduduk di daerah ini menikmati kehidupan yang lestari,” katanya.

Mohamad Zain berkata, sekiranya penduduk mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Mohd. Nor Akmal Abdul Hamid di talian 03–3187 2825 sambungan 129 (waktu pejabat) atau terus berjumpa dengan urus setia yang bertugas di MDKL. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini