Sesak nafas: JAS edar alat pengesan gas - Utusan Malaysia

Sesak nafas: JAS edar alat pengesan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mula mengedarkan alat pengesan gas kepada 111 buah sekolah yang terjejas ekoran pencemaran bau dekat Pasir Gudang sejak 20 Jun lalu.

Pengarahnya, Wan Abdul Latif Wan Jaafar berkata, inisiatif ini diambil menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) sebagai langkah pengenalan kepada pihak sekolah berhubung penggunaan alat tersebut.

Katanya, insiatif ini diambil bagi membolehkan pihak sekolah mengambil langkah awal dengan mendapatkan bacaan menerusi alat pengesan gas yang telah disediakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga bagi memberi pendedahan dan pengalaman bacaan Volatile Organic Compounds (VOC) agar  pihak sekolah sekali gus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Terdahulu, Wan Abdul Latif menyampaikan alat pengesan gas kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Damai di sini, hari ini.

Wan Abdul Latif menambah, inisiatif ini bagaimanapun sebagai langkah awal sebelum langkah seterusnya iaitu menjadikan semua sekolah di Pasir Gudang sebagai anak angkat kepada pemain industri di Pasir Gudang.

“Alat ini dipinjamkan sehingga Sabtu ini sebelum perbincangan secara langsung dengan pihak industri untuk mereka menjadikan kesemua 111 sekolah sebagai anak angkat.

“Insiatif ini adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat terbabit yang tujuan sebenarnya adalah untuk perkongsian daripada segi khidmat penerangan dan menyediakan peralatan teknikal,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini