PASIR GUDANG – Seramai 38 pelajar sekolah daripada sembilan buah sekolah di daerah ini mengalami masalah kesihatan loya dan muntah-muntah selepas terhidu bau udara tercemar hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, kesemua mangsa bagaimanapun dibenarkan pulang sejurus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang serta Klinik Kesihatan Masai. Menurutnya, mangsa terlibat membabitkan pelajar Sekolah SABK Madrasah Alattas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)…










