Seorang maut gempa di Maluku - Utusan Malaysia

Seorang maut gempa di Maluku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 Julai – Sekurang-kurangnya seorang maut dan ratusan lagi penduduk dipindahkan selepas satu gempa bumi sekuat 7.3 skala Richter melanda kepulauan Maluku di timur Indonesia semalam.

Gempa tersebut berlaku kira-kira 165 kilometer ke selatan tenggara pekan Ternate di wilayah Maluku Utara pada pukul 6.28 petang waktu tempatan.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, Ihksan Subur, mangsa meninggal dunia selepas dihempap struktur rumahnya yang runtuh ketika gempa berlaku. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini