Semua wakil negara langkah bergaya ke pusingan kedua - Utusan Malaysia

Semua wakil negara langkah bergaya ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesemua enam pemain skuasy remaja wanita negara melepasi peringkat kedua untuk ke peringkat seterusnya di Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2019 yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Juara Terbuka Remaja British tiga kali, Aifa Azman menempah tiket ke peringkat seterusnya selepas mengalahkan Madeline Hylland dari Norway 11-5, 11-2, 11-9 dalam masa 19 minit dan akan bertemu lawan berusia 17 tahun Sanya Vats (India), yang pernah beliau kalahkan di Kejohanan Berpasukan Remaja Asia, awal tahun ini.

“Ia akan menjadi sukar, tetapi saya perlu kekal fokus di dalam gelanggang dan berharap semuanya berjalan sebaiknya. Saya yakin untuk menang, Saya perlu konfiden, jadi saya boleh lakukan yang terbaik dalam gelanggang. Jika saya tidak konfiden dengan diri saya, saya akan lakukan banyak kesilapan,” kata Aifa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Juara Remaja Asia dua kali, Chan Yiwen hanya memerlukan 17 minit untuk menewaskan Lucia Bicknell dari Kanada 11-1, 11-1, 11-6.

Beliau mempamerkan pemainan cemerlang hari ini bagi mendapatkan ‘rasa’ selepas mendapat bye pada pusingan pertama, dan mahu meletakkan tekanan kepada pihak lawan.

“Saya perlu kekal cergas untuk perlawanan esok, kerana akan ada dua perlawanan, ia hari yang penting. Jika saya menang dua perlawanan, saya akan layak ke suku akhir dan saya fokus kepada permainan saya dan bukanya lawan,” katanya.

Chan akan bertemu rakan senegara Noor Ainaa Amani Ampandi yang hari ini menewaskan pemain Republik Czech Tereza Siroka, bagi layak ke pusingan 16 pemain terakhir.

Katanya pusingan keempat akan menjadi sukar, kerana beliau akan bertemu sama ada Sana Ibrahim ataupun Malak Mostafa dari Mesir.

Seorang lagi pemain remaja Malaysia, Ooi Kah Yan mengalahkan Lea Barbeau (Perancis) 11-6, 11-5, 11-2 manakala Aira Azman menewaskan Nathalie Malmstrom (Sweden) 11-4, 11-2, 11-2, dalam perlawanan berlangsung hanya 14 minit.

Yee Xin Ying pula terpaksa berhempas pulas selama 22 minit, sebelum menewaskan Ananya Dabke dari India 11-6, 12-10, 11-4, bagi memastikan beliau mengikuti rakan-rakan lain layak ke pusingan seterusnya.

Kejohanan Remaja Dunia bermula dengan acara lelaki dan wanita individu dari 30 Julai-4 Ogos diikuti acara berpasukan wanita dari 5-9 Ogos.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini