Sembilan gol terhasil di Stadium Bandaraya - Utusan Malaysia

Sembilan gol terhasil di Stadium Bandaraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sembilan jaringan terhasil di Stadium Bandaraya, Georgetown malam ini ketika Pulau Pinang menumpaskan pasukan tercorot, Sarawak 6-3 dalam aksi Liga Perdana.

Dua jaringan Al Hafiz Harun pada minit kelima dan ke-32, dua gol Anselmo Arruda da Silva (minit ke-14 dan 27), selain gol Sergio Aguero seawal minit kelapan membolehkan tuan rumah berpesta gol mendahului 5-0 pada babak pertama.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Pulau Pinang melebarkan kedudukan 6-0 pada minit ke-52 menerusi Julian Bottaro.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitupun, kealpaan pemain Harimau Kumbang hampir mengundang padah apabila ia membuka ruang buat Sarawak mengejar dengan tiga gol menerusi Bobby Gonzales (minit ke-65 dan 80) serta Alif Hassan pada minit ke-74.

Cuba Sarawak untuk melakukan kebangkitan sensasi bagaimanapun tidak kesampaian selepas kedudukan 6-3 kekal hingga tamat permainan.

Sarawak yang berada pada kedudukan bahaya tersingkir ke Liga M3 musim depan akan menentang Selangor United dalam perlawanan terakhir, Sabtu ini manakaal Pulau Pinang bertemu PDRM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini