Selat Melaka selamat - Utusan Malaysia

Selat Melaka selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan tiada sebarang ancaman keselamatan di Selat Melaka,

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, kawasan perairan Selat Melaka kekal selamat sebagai laluan kapal dagang antarabangsa.

“Mana-mana negara boleh meningkatkan tahap keselamatan mereka, bagaimanapun setahu saya tiada petunjuk kawasan perairan kita tidak selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu kenyataan saya, kawasan Selat Melaka kita selamat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang melakukan lawatan kerja ke Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Hamid turut menyatakan pendirian yang sama mengenai isu keselamatan di Selat Melaka.

“Ya, saya juga sahkan perkara itu” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini