Selangor catat kematian tertinggi statistik kemalangan - Utusan Malaysia

Selangor catat kematian tertinggi statistik kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Selangor mencatatkan penyumbang tertinggi kes kematian dengan 17.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 3,071 kes kematian yang berlaku di seluruh negara diikuti Johor dengan 16.4 peratus dan Perak di tempat ketiga dengan 10.6 peratus tahun ini.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias menerusi laporan prestasi setengah tahun ini.

Menurutnya, bagi Melaka, Kuala Lumpur dan Perlis merupakan negeri-negeri yang mencatatkan kes kematian yang terendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 527 kes, diikuti Johor (505 kes) dan Perak (324 kes), Pahang (251 kes) dan Kedah (218 kes), Pulau Pinang (196 kes), Sarawak dan Negeri Sembilan (172 kes), Kelantan (170 kes), Sabah (161 kes) dan Terengganu (134 kes).

“Sebanyak 3,071 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dan 2,862 daripadanya merupakan kes kemalangan maut,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Mengulas lanjut, Azisman memberitahu, statistik turut menunjukkan, sejumlah 281,527 kemalangan telah berlaku sepanjang setengah tahun ini.

“Daripada jumlah itu, jenis kemalangan maut dicatatkan sebanyak 2,862 kes, parah (1,332 kes), ringan (2,131 kes) dan rosak (274,989 kes).

“Bagi kes kemalangan maut menunjukkan penurunan sebanyak 7 peratus berbanding tahun 2018 yang mencatat jumlah 3,077 kemalangan maut dengan 215 penurunan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini