Sekolah antarabangsa mohon maaf - Utusan Malaysia

Sekolah antarabangsa mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Sebuah sekolah antarabangsa yang didakwa cuba menyemai elemen kebencian murid-murid terhadap tanaman sawit negara dalam satu persembahan di sekolah itu tampil memohon maaf.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok dalam kenyataan dalam akaun Facebook miliknya memberitahu, pengurusan kanan Sekolah Antarabangsa @Parkcity bertemu dengannya semalam bagi menyampaikan permohonan maaf berkenaan.

Menurut Teresa, rombongan yang diketuai Pengarah Pendidikan Sekolah Antarabangsa @Parkcity, Andrew Dalton; Pengetua, Jonathan Turner dan Pengarah Parkcity, Sukhdev Singh telah berkongsi satu klip video semasa perhimpunan murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut menghargai kesanggupan dan keikhlasan ditunjukkan sekolah tersebut bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku.

“Video yang ditunjukkan itu turut mengandungi klip anti minyak sawit bertajuk ‘Rang-Tan’ terbitan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu GreenPeace. Murid-murid berkenaan hanya mengulang semula watak dalam video itu yang ditunjukkan semasa sesi perhimpunan.

“Mereka meminta maaf berhubung insiden tersebut dan mengatakan mereka sepatutnya boleh mengendalikan kejadian itu dengan lebih baik. Saya berharap insiden ini akan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan sekolah antarabangsa lain,” katanya hari ini.

Satu video berdurasi seminit 10 saat memaparkan sekumpulan kanak-kanak di sebuah sekolah antarabangsa di sini membuat persembahan yang menunjukkan penanaman sawit kononnya telah menjejaskan habitat orang utan telah tular baru-baru ini sehingga membawa kritikan pelbagai pihak.

Kejadian itu turut menyaksikan sekolah antarabangsa berkenaan bakal dikenan tindakan di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini