KATA orang, usaha tangga kejayaan. Selepas enam bulan sabar menanti, produk minuman suplemen milik pelakon Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan sudah pun dilancarkan baru-baru ini bertempat di Forest Valley Hall, Cheras Perdana. Menurutnya, idea untuk menjalankan perniagaan tersebut mula disuarakan sejak tahun lalu hasil perbincangan bersama Kila bersama rakan kongsinya, Ashraf Khalid. “Pada mulanya, Ashraf ingin buat produk kosmetik namun saya tidak mahu. Saya mahu buat produk…