‘Saya mahu De Ligt ke Barca’ - Utusan Malaysia

‘Saya mahu De Ligt ke Barca’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Muka baharu Barcelona, Frenkie de Jong berkata, dia teringin melihat bekas rakan sepasukannya di Ajax, Matthijs de Ligt menyertainya di Camp Nou.

Kapten Ajax, De Ligt menjadi pemain paling dikehendaki selepas membuat penampilan menakjubkan dalam saingan Liga Juara-Juara, apabila memimpin pasukan tersebut ke separuh akhir sebelum tewas kepada Tottenham.

Barca antara kelab yang paling berminat untuk mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu, namun kini bukan sahaja mereka, Juventus juga mahu menyambarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

De Jong bagaimanapun berkata, keputusannya untuk berpindah ke salah sebuah pasukan gergasi Sepanyol amat mudah, namun sedar rakan-rakan dalam kelab terdahulu mungkin menghadapi situasi berbeza.

“Saya ingin melihat dia (De Ligt) ke sini, akan tetapi saya tidak boleh membuat keputusan.

“Dia perlu membuat keputusan bersama keluarganya. Apabila Barca mahukan saya bermain di sini, saya membuat keputusan dengan sangat mudah,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini