Sallehuddin Timbalan Presiden PBNP baharu - Utusan Malaysia

Sallehuddin Timbalan Presiden PBNP baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 2 Julai – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dipilih sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-63 persatuan itu di Hotel Shahzan Inn.di sini petang tadi.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang baharu, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak. – UTUSAN ONLINE

Sallehuddin menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang kini memegang jawatan Naib Presisen I manakala Naib Presiden II disandang oleh Datuk Seri Zamri Ramly.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kekal sebagai Presiden PBNP selepas menang tanpa bertanding.

Pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2019-2022 yang diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan PBNP ke-63 turut menyaksikan dua muka baharu dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis iaitu Datuk Mohd Mazri Mahmud dan Muhammad Muaz Dahari.

Lapan individu pula kekal menyandang jawatan yang sama iaitu Raja Mustapa Shah Raja Jalil Shah, Rosli Noordin, Abd Razab Wahab, Datuk Seri Mohamad Zaini Saleh, Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Taufek Razak, S. Krishnan dan Adzland Zakaria.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhammad Safian itu dihadiri oleh 58 orang daripada 77 perwakilan termasuk Setiausaha Agungnya, Norlia Abdul Manaf. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini