Saham UEM Edgenta meningkat 2.8 peratus dalam dagangan pagi - Utusan Malaysia

Saham UEM Edgenta meningkat 2.8 peratus dalam dagangan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saham UEM Edgenta Bhd naik 2.8 peratus dalam dagangan pagi selepas berita melaporkan bahawa anak syarikat tidak langsungnya, UEMS Solutions Pte Ltd, memperoleh kontrak bernilai sehingga RM540.06 juta bagi penyediaan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura.

Pada 10.20 pagi, saham UEM Edgenta naik lapan sen kepada RM2.93, dengan 415,300 saham didagangkan.

Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) dalam notanya hari ini, berkata ia mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas saham syarikat itu dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM3.28 sesaham berikutan laporan berita itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami optimis terhadap prospek pertumbuhan Edgenta pada masa depan kerana ia telah membuktikan kemampuannya dalam menyampaikan perkhidmatan sokongan kemudahan, terutama dalam segmen penjagaan kesihatan, dengan menjadi penyedia perkhidmatan sokongan pilihan di rantau ini,” katanya.

Firma penyelidikan itu juga positif bahawa syarikat itu akan terus memanfaatkan rangkaian infrastruktur teknologi yang mantap dan rekod prestasi yang sudah terbukti untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kemudahan pakar dalam penyelenggaraan lebuh raya, serta segmen pengurusan hartanah.

“Walaupun kami positif terhadap kejayaan memperoleh kontrak baharu, kami mengekalkan anggaran pendapatan tahun kewangan 2019-2020 buat masa ini sementara menunggu maklumat yang lebih jelas mengenai jumlah sebenar nilai kontrak serta tempoh kontrak, dalam taklimat analisis akan datang,” katanya.

MIDF Research mengunjurkan perolehan normal UEM Edgenta mencecah RM162.20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 (FY19) dan RM172.3 juta untuk FY20.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini