KUALA LUMPUR – Media Prima Bhd. menyaksikan harga sahamnya susut setengah sen kepada 48 sen pada tengah hari berikutan laporan berita UMNO telah menjual sebanyak 11.09 peratus kepentingan di dalam syarikat itu kepada hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Saham Media Prima dibuka 50 sen pada pukul 9 pagi dan pada tengah hari, sebanyak 1.45 juta saham bertukar tangan.
Syed Mokhtar kini pemegang saham ketiga terbesar di dalam Media Prima.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut data Bloomberg, saham diniagakan dalam satu blok bernilai sebanyak RM73.81 juta. – UTUSAN ONLINE











