Saham MCOM meningkat 10.71 peratus pada penyenaraian di pasaran LEAP - Utusan Malaysia

Saham MCOM meningkat 10.71 peratus pada penyenaraian di pasaran LEAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saham MCOM Holdings Bhd, yang mula disenarai di Pasaran LEAP, mencatatkan peningkatan 10.71 peratus atau tiga sen kepada 31 sen, pada pembukaan pagi ini.

Ho Kim Hun

Pada 10.30 pagi, harga saham mencatatkan 31 sen, dengan 30,500 bertukar tangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian pemasaran digital itu berkata ia merancang untuk menembusi pasaran Kemboja dan meningkatkan tahap automasi bagi platform pengiklanan mudah alihnya, susulan penyenaraian itu.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Ho Kim Hun berkata, syarikat itu membuka pusat data dan pusat operasi rangkaian di Phnom Penh, Kemboja pada Jun 2018.

“Kami mula menawarkan perkhidmatan Internet di Kemboja pada 2018, yang akan melengkapkan penyelesaian pemasaran digital sedia ada.

“Kami percaya pelan ini bukan sahaja akan meningkatkan aliran pendapatan kami, bahkan akan menyumbang kepada pertumbuhan infrastruktur Internet di Kemboja,” katanya.

Mengenai rancangan untuk meningkatkan tahap automasi platform pengiklanan mudah alih, Ho berkata susulan peningkatan platform pengiklanan mudah alih itu, beliau yakin ini akan meningkatkan ciri-ciri platform pengiklanan mudah alih MCOM ke arah berautomatik sepenuhnya, yang seterusnya membolehkan antara muka automatik sepenuhnya antara pengiklan dan penerbit.

“Platform pengiklanan mudah alih kami kini hanya membolehkan pelanggan melihat laporan penyelesaian. Untuk memuat naik atau mengubah suai kempen pemasaran digital baharu, pelanggan perlu menghantar e-mel kepada kakitangan pemasaran kami,” katanya.

Untuk rekod, MCOM memperoleh lesen dan lesen penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk tempoh 30 tahun daripada Pengawal Selia Telekomunikasi di Kemboja pada 2016.

Ia memanfaatkan infrastruktur penyedia kabel optik tempatan di Kemboja untuk melancarkan perkhidmatan Internet berwayar dan tanpa wayar.

Menerusi infrastruktur perkhidmatan Internet ini, MCOM akan dapat melancarkan penyelesaian pemasaran digitalnya untuk memenuhi keperluan pengguna di Kemboja menerusi analisis pola penggunaan Internet dan mudah alih di negara ini.

Penembusan Internet di Kemboja berada pada kadar 34 peratus pada 2017, dan kerajaan mahu meningkatkannya kepada 70 peratus pada 2020.

Dalam proses penyenaraian itu, MCOM mengumpul RM5.28 juta melalui penempatan 18,856,000 saham dalam MCOM pada 28 sen sesaham kepada pelabur benilai tinggi bersih.

Syarikat itu merancang menggunakan kira-kira RM2.90 juta atau 54.9 peratus daripada penempatan itu untuk perbelanjaan modal dalam penyediaan kemudahan penting bagi menawarkan perkhidmatan Internet berwayar dan tanpa wayar di Kemboja.

Ia juga akan menggunakan RM888,000 atau 16.7 peratus daripada hasil untuk meningkatkan tahap automasi dalam platform pengiklanan mudah alih syarikat, serta meningkatkan infrastruktur penyelesaian pengiklanan mudah alihnya.

TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat yang diluluskan, ejen penempatan dan penasihat berterusan untuk penempatan dan proses Penyenaraian Pasaran LEAP.

Sebagai syarikat penerima pelaburan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MCOM mahu menjadi penyedia penyelesaian pemasaran digital terkemuka, membuat pengkhususan dalam platform pengiklanan mudah alih dan penyelesaian pembayaran mudah alih. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini