Sabah mahu tamat penantian 23 tahun - Utusan Malaysia

Sabah mahu tamat penantian 23 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Juara Liga Super sudah pun diketahui apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) memenanginya buat kali keenam berturut-turut, namun, situasi berbeza dalam Liga Perdana apabila perebutan kejuaraan masih terbuka.

JELIUS ATING

Pendahulu Liga Perdana, Sabah mengumpul 34 mata akan bertemu pencabar terdekat Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kurang satu mata di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jumaat ini sekali gus menjadi perlawanan tumpuan pada minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melihat kepada situasi tersebut, jurulatih Sabah, Jelius Ating berkata, pasukannya tidak mempunyai pilihan, selain memastikan tiga mata berharga menjadi milik mereka.

“Sudah tentu perlawanan ini amat penting buat kedua-dua pasukan memandangkan JDT II adalah pencabar terdekat kami. Penting untuk kami menewaskan JDT II walaupun mengakui tugas ini adalah sukar. Nak tak nak kami kena menang, tiada pilihan lain atau setidak-tidaknya kami perlu seri supaya tidak tercicir mata.

“Tambahan pula, kami bermain di tempat lawan tetapi saya tidak fikir itu menjadi penghalang buat kami. Jika sebelum ini JDT II boleh mengalahkan kami di Kota Kinabalu, saya fikir tidak mustahil untuk kami menewaskan mereka di Johor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabah kurang satu perlawanan dan pastinya itu memberi kelebihan kepada skuad Sang Badak bagaimanapun Jelius enggan memikirkannya.

“Kurang satu perlawanan memang kelebihan untuk Sabah tetapi dalam bola sepak kita sukar untuk meramalkan apa yang berlaku jadi, penting untuk kami menang Jumaat ini,” katanya lagi.

Jelius memberitahu Azzizan Nordin tidak dapat diturunkan berikutan mengalami kecederaan lutut. Kali terakhir Sabah memenangi Liga Perdana adalah 23 tahun lalu dan kali terakhir Sang Badak beraksi dalam Liga Super pada tujuh tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini