Ringgit ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Ringgit ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini disokong oleh peningkatan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1350/1380 berbanding dolar US daripada 4.1370/1400 ketika ditutup semalam.

Ketika ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 0.98 peratus kepada US$63.01 setong manakala minyak mentah WTI menokok 0.84 peratus kepada US$56.72 setong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata prestasi ringgit yang meningkat hari ini adalah selari dengan kebanyakan mata wang sedang pesat membangun Asia, didorong oleh penyusutan dolar US semalaman berikutan kesuraman pemeteraian perjanjian perdagangan AS dan China dalam masa terdekat.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0532 daripada 3.0509/0542 pada Selasa, mengukuh berbanding pound kepada 5.1973/1035 daripada 5.2209/2255 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6672/6722 daripada 4.6773/6815.

Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8379/8411 daripada 3.8199/8241.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini