KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan global dan penurunan harga minyak mentah. Pada pukul 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 4.1080/1130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1070/1100 semalam. Seorang peniaga berkata, harga minyak turun selepas China mencatatkan pertumbuhan ekonomi suku tahunan yang perlahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 27 tahun yang mencetuskan kebimbangan tentang permintaan daripada pengimport minyak mentah terbesar dunia itu. Sementara itu, dolar AS diniagakan tinggi dalam dagangan kecil apabila para pelabur bersiap sedia dengan kemungkinan Rizab Persekutuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya