Renard jurulatih baharu Arab Saudi - Utusan Malaysia

Renard jurulatih baharu Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH, Arab Saudi – Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi telah menamakan bekas pengendali Maghribi, Herve Renard sebagai ketua jurulatih baharu menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.

Renard, 50 tahun, telah meletakkan jawatan daripada skuad kebangsaan Maghribi selepas pasukan itu tersingkir daripada kempen Piala Afrika 2019.

Kata Renard, dia amat gembira dapat bersama skuad Arab Saudi dan akan bekerja keras bagi mempersiapkan pasukan menghadapi kempen kelayakan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sangat gembira dapat memulakan cabaran baharu bersama pasukan Arab Saudi,” kata jurulatih warga Perancis itu.

Dalam kempen kelayakan bagi Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menyaksikan Arab Saudi diundi bersama Uzbekistan, Palestin, Yemen and Singapura.

Pasukan berkenaan akan memulakan kempen menentang Yemen pada 10 September sebelum melayan kunjungan Singapura pada 10 Oktober. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini