Remaja maut selepas buat aksi 'wheelie' - Utusan Malaysia

Remaja maut selepas buat aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU 28 Julai – Seorang remaja yang melakukan aksi ‘wheellie’ maut kerana motosikalnya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di kilometer 82 Jalan Kuala Tereggganu-Kampung Raja, dekat Kuala Setiu di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Zaidi Zali, 22, dari Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala tiga lagi remaja yang berasal dari Kelantan dan masing-masing menunggang motosikal sama jenis Honda C100B dan C100 itu cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka adalah Wan Mohamad Afiq Wan Mohd. Zaki, 14, yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu kerana patah kaki manakala Muhamad Amirul Asyraf Mustafa, 16, dan Muhamad Alif Aiman Mustafa, 13, yang cedera ringan dirawat di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zulkifli Mat Deris berkata, motosikal mangsa hilang kawalan ketika membuat aksi wheelie lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu

Zawayi Setapa, 57, dari arah Kampung Raja, Besut menghala ke Dungun.

Jelasnya, pada masa sama, tiga lagi rakan mangsa yang mengekor di belakang gagal mengelak motosikal dinaiki mangsa lalu mengakibatkan ketiga-tiga motosikal terbabit berlanggar.

“ Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat. Tiga lagi penunggang yang cedera turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

“Ketika kejadian cuaca baik dengan permukaan jalan kering, bagaimanapun keadaan gelap tidak berlampu kerana malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini