Remaja mati lemas di Bukit Katak - Utusan Malaysia

Remaja mati lemas di Bukit Katak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki ditemui mati dipercayai akibat lemas di dalam kolam bekas kuari di Bukit Katak, Tasek Gelugor di sini malam tadi.

Mayat mangsa, Mohamad Danial Hakim Yusof, 16, ditemui pasukan penyelamat pukul 10.12 malam selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dikatakan lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda di dalam kolam berkedalaman kira-kira 6 meter dan berkeluasan kira-kira 37 meter persegi itu.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan dengan kaedah pencarian permukaan air dan menggunakan alatan grappling iron sebelum mayat dijumpai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini untuk urusan bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini