PORT DICKSON – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati di sebuah pondok rehat di tapak bersejarah Kota Lukut dekat sini semalam akibat minum racun.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat mangsa,
S. Surenindran terlebih dahulu ditemui oleh kedua-dua ibu bapanya di lokasi kejadian.
“Polis menerima panggilan telefon daripada Hospital Port Dickson kira-kira pukul 9 malam memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia disyaki meminum cecair disyaki racun.
“Bedah siasat keatas mayat mangsa di hospital itu mendapati benar punca kematian kerana minum racun,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Aidi Sham berkata, siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kematian mangsa.
“Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE











