Remaja 13 tahun ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Remaja 13 tahun ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 10 Julai – Seorang remaja berusia 13 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Felda Selancar 3, Muadzam Shah, Rompin di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Saiful Amri Salahudin dilaporkan lemas di sungai itu pukul 5.05 petang hari ini dan ditemukan pukul 7.03 petang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Zainal Omar Mahamud berkata, mayat mangsa ditemukan dua kilometer berhampiran tempat kejadian di kedalaman tiga meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bersama anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan bantuan orang kampung.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainal Omar berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditutup pada pukul 7.10 petang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini