LONDON – Liga Perdana Inggeris melakukan perubahan baharu dengan rekod pertemuan akan diambil kira bagi musim 2019-20.
Perubahan itu membabitkan rekod pertemuan dua pasukan bagi menentukan kejuaraan sekiranya pasukan terbabit terikat dari segi mata, perbezaan jaringan dan gol yang sama.
Sebelum ini, kejuaraan akan ditentukan menerusi aksi playoff tetapi peraturan baharu itu menyaksikan, tiada lagi perlawanan tambahan disediakan.
Ia digunakan untuk pertama kali sekiranya dua pasukan menamatkan saingan liga dengan jumlah mata, perbezaan gol dan gol dijaringkan sama tetapi akan dipisahkan oleh pasukan yang mengumpul jumlah kemenangan terbanyak menerusi rekod pertemuan mereka sebelum itu.
Jika kelab terbabit masih tidak dapat dipisahkan, pasukan yang akan menjaringkan gol paling banyak di tempat lawan dalam rekod pertemuan mereka akan mendapat posisi tertinggi dan dikira sebagai juara.-AGENSI











