Rangkaian dadah Asia Tenggara ‘buat untung’ - Utusan Malaysia

Rangkaian dadah Asia Tenggara ‘buat untung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 18 Julai – Rangkaian penyeludupan dadah Asia Tenggara dilaporkan meraih ‘keuntungan’ sebanyak lebih AS$60 bilion (RM246.8 bilion) setahun menerusi aktiviti pengedaran dadah jenis methamphetamine.

Mereka kemudiannya menyalurkan ‘keuntungan’ terbabit kepada sejumlah kasino di rantau ini.

Rangkaian-rangkaian jenayah turut mengambil kesempatan terhadap infrastruktur dadah di Myanmar dan membekalkannya ke negara jiran serta Australia dan Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu didedahkan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) hari ini.

Tambah laporan berkenaan, rampasan dadah jenis yaba atau syabu telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun terakhir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini