KUALA LUMPUR 15 Julai – Kerajaan komited dalam merangka garis panduan baharu dalam aspek pembayaran gaji melibatkan pekerja berpendapatan pertengahan dan rendah membabitkan syarikat milik kerajaan (GLC). Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr. Muhammed Abdul Khalid berkata, panduan tersebut bertujuan bagi menjaga hak-hak pekerja di peringkat pengurusan khususnya dalam aspek pembayaran gaji dan dijangka akan diperkenalkan penghujung tahun ini. Katanya, bagaimanapun panduan tersebut masih dalam peringkat perbincangan bersama melibatkan beberapa pihak berkepentingan. “Adalah lebih baik untuk kita membayar pekerja berpendapatan pertengahan dan rendah lebih sedikit berbanding pekerja di peringkat atasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya