Puspakom serah laporan pemeriksaan bas dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Puspakom serah laporan pemeriksaan bas dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) akan menyerahkan laporan dan butiran pemeriksaan bas yang mengakibatkan seorang murid maut akibat terjatuh ketika memijak lantai bas reput kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Puspakom dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memeriksa keadaan bas tersebut dari segi teknikal.

“Laporan dan butiran pemeriksaan tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa mengikut prosedur bagi membantu siasatan,” katanya di sini sebentar tadi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! semalam melaporkan, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di Machang meninggal dunia selepas terpijak lantai bas reput dan terjatuh di atas jalan di Kampung Kandis, Kelantan. 

Mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd. Suria, 12, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 12.50 tengah hari selepas jerlus dari lantai bas tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini