Pusat Asasi UiTM terima 3,800 pelajar baharu - Utusan Malaysia

Pusat Asasi UiTM terima 3,800 pelajar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Pusat Asasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Dengkil menerima seramai 3,800 orang pelajar baharu ambilan pertama kemasukan bagi Semester Jun-Oktober 2019 pada minggu lepas.

Pelajar baharu ini merupakan lepasan SPM 2018 dan akan mengikuti pengajian selama dua semester bagi program yang ditawarkan oleh Pusat Asasi iaitu Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi Undang-undang UiTM, Asasi Undang-undang KPTM dan Asasi TESL yang bermula pada 24 Jun 2019.

Minggu Destini Siswa (MDS) bagi pelajar baharu ini telah bermula pada 17 Jun sehingga 21 Jun yang melibatkan proses pendaftaran kolej dan akademik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara pengisian sepanjang MDS berlangsung ialah pendedahan mengenai konsep serta suasana pembelajaran yang berbeza berbanding di peringkat sekolah sebelum ini.

Bersempena pendaftaran pelajar baharu ini, Tabung Mahabbah turut diperkenalkan kepada pelajar, ibu bapa, penjaga dan orang ramai secara khususnya.

Menurut Pengarahnya, Profesor Dr. Saifollah Abdullah, Tabung Mahabbah adalah satu inisiatif yang murni bagi bertujuan untuk mengumpul dana daripada pelbagai pihak bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

“Tabung berkenaan akan digunakan bagi program kupon makanan harian(suspended meal) dan juga pinjaman atau bantuan untuk pembayaran yuran pengajian atau kolej,” katanya.

Pelancaran Tabung Mahabbah disempurnakan oleh Profesor Datuk Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, Rektor UiTM Cawangan Selangor semasa Majlis Perasmian Minggu Destini Siswabaru-baru ini.

Sebarang sumbangan ikhlas dan bantuan boleh disalurkan sama ada secara tunai di kaunter Bahagian Hal EhwalPelajar (BHEP) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil atau melalui pindahan atas talian ke akaun Bendahari UiTM (Bank Islam- 12261010006588).

Mulai semester ini juga Pusat Asasi UiTM akan menawarkan subjek khas berkredit dalam program Tahfiz Plus, ia meliputi subjek Pengantar al-Quran dalam semester 1, dan al-Quran dan Kemanusiaan dalam semester 2.

Ia akan menjadi nilai tambah mengenai ilmu pentafsiran al-Quran disamping subjek teras yang akan diikuti oleh pelajar-pelajar.

Semoga ia dapat melahirkan kalangan profesional hufaz dalam pelbagai bidang sains, kejuruteraan, undang-undang, perubatan, pendidikan dan lain-lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini