Punca penyakit Irfan Wafiy ketahui dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Punca penyakit Irfan Wafiy ketahui dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Punca sebenar seorang kanak-kanak, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, menghidap Myokymia selepas terdedah kepada pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor akan diketahui dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum dapat menentukan sama ada ia berpunca daripada pencemaran di sungai tersebut.

Katanya, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk sejarah perubatan dan kesihatan kanak-kanak tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Puncanya belum dapat kita terangkan, tetapi akan ditangani oleh pakar pediatrik dan neurologi kita. Tetapi jangan silap faham apabila orang dengar Myokymia ia disebabkan kimia, ia tidak semestinya begitu.

“Saya akan mengambil penuh tanggungjawab untuk pastikan ibu bapa Irfan Wafiy diberi penjelasan sebaiknya dan dia akan dirawat oleh pakar-pakar kita. Saya yakin ia dapat diurus walaupun saya tahu kebimbangan keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Port Dickson di Pantai Saujana di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Irfan Wafiy disahkan menghidap Myokymia yang menyebabkan anggota badannya menggeletar selepas dimasukkan ke hospital dipercayai ekoran terdedah kepada pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim pada Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini