PECAH MASUK…Demonstrasi ‘Free Hong Kong’ semakin buruk apabila penunjuk perasaan bertindak memecah masuk bangunan kerajaan di Hong Kong.
Tunjuk perasaan terbaharu itu berlaku beberapa minggu selepas siri protes besar-besaran menuntut Ketua Eksekutif wilayah, Carie Lam meletak jawatan.
Protes berlaku ketika wilayah kepulauan ini menyambut ulang tahun ke-22 penyerahan semula pemerintahan Hong Kong dari Britain kepada China.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kebanyakan penunjuk perasaan melaungkan ‘Free Hong Kong’, merujuk kepada membebaskan Hong Kong daripada ‘cengkaman’ China.
Penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin bangunan kerajaan di Harcourt Road menggunakan troli dan tiang besi dan menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan. – AFP/AGENSI











