KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan melancarkan kerja-kerja pembinaan laluan bersilang bagi projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) berdekatan Pangsapuri Salvia, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor.
Prolintas menerusi catatan di Facebook berkata, kerja-kerja itu bermula dari 10 Julai lalu hingga 26 Julai ini.
Berita berkaitan:
“Pengawal trafik dan papan tanda keselamatan diletakkan di sepanjang lorong terlibat.
“Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi arahan lalu lintas untuk memastikan perjalanan yang lancar. Kami memohon maaf atas kesulitan dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











