Prestasi saham pengguna bercampur-campur - Utusan Malaysia

Prestasi saham pengguna bercampur-campur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Prestasi saham-saham pengguna bercampur-campur di Bursa Malaysia pada hari pertama pelaksanaan cukai gula di Malaysia.

Pada pukul 10.20 pagi, Nestle mendahului kaunter paling rugi apabila sahamnya merosot 70 sen kepada RM148.40 manakala PPB turun 10 sen kepada RM18.60.

PPB menguasai 18.5 peratus syarikat yang berpangkalan di Singapura, Wilmar International Ltd. yang portfolionya antara lain terdiri daripada ladang sawit dan penghasilan gula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengilang gula, MSM, bagaimanapun meningkat satu sen kepada RM1.42, manakala F&N tidak berubah pada RM34.56.

Yang menarik, saham alkohol Heineken, muncul kaunter paling untung apabila sahamnya melonjak 44 sen kepada RM23.90 manakala Carlsberg menokok 14 sen kepada RM25.80.

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan cukai 40 sen seliter ke atas minuman ringan yang mengandungi lebih daripada lima gram gula atau bagi setiap 100 ml pemanis berasaskan gula mulai 1 April 2019.

Ia termasuk minuman berkarbonat atau berperisa dan minuman bukan alkohol.

Pelaksanaannya ditangguhkan sehingga 1 Julai. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini