Polis tutup kes rogol Neymar - Utusan Malaysia

Polis tutup kes rogol Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO – Polis Brazil mengambil keputusan menutup kes bintang bola sepak negara itu, Neymar yang didakwa merogol seorang model senegara di Paris Mei lalu berikutan kekurangan bukti.

Ini disahkan jurucakap pejabat peguam negara di sini awal hari ini selepas menerima laporan siasatan polis tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya yang akan memaklumkan kepada mahkamah.

Kata jurucakap itu lagi, pihak pendakwaraya bagaimanapun mempunyai tempoh 15 hari untuk menilai semula keputusan polis dalam menggugurkan kes tersebut sebelum diumumkan secara rasmi oleh hakim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Neymar ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas keputusan pihak polis yang dijadual mengadakan sidang akhbar lewat hari ini. Sebelum ini Neymar berkali-kali menafikan merogol wanita yang dikatakan menjadi mangsanya itu.


Susulan daripada kes tersebut, ia turut membayangi kempen Brazil pada saingan Copa America di mana Neymar tidak beraksi selepas digugurkan kerana mengalami kecederaan ligamen pada buku lali.

Selepas beberapa kali dipanggil polis untuk soal siasat berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, Neymar dibebaskan sebaliknya mangsa yang bernama Najila Trindade pula yang disaman polis atas dakwaan memfitnah pihak berkuasa kerana dituduh korup. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini