Polis tahan 16 PATI - Utusan Malaysia

Polis tahan 16 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK 14 Julai – Polis menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita dalam satu operasi selama lima jam di Ladang Jingka Bar Kunak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Baharin Md. Tahir dalam satu kenyataan berkata, 46 individu diperiksa dalam operasi yang bermula pukul 3.00 pagi di ladang berkenaan.

Beliau berkata, 16 individu yang berusia antara lingkungan umur 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua mereka dibawa ke Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/93.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Baharin berkata, polis turut menahan empat lelaki termasuk seorang bapa dan seorang anaknya, yang dipercayai pengedar dadah, dalam serbuan Op Sarang di Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di sini, antara pukul 12 tengah malam dan 4.00 pagi pada hari yang sama.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 50 tahun, yang terdiri daripada tiga warga tempatan serta seorang warga Filipina, dan menurutnya operasi itu turut menyaksikan polis merampas 5.4 gram dadah yang dianggar bernilai RM810 di sebuah rumah di Kampung Lormalong. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini